suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Tipu Sijil PhD Untuk Jadi Pensyarah, Sudah Terima Gaji RM195,000

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 51 tahun menggunakan sijil palsu bagi mendapatkan jawatan sebagai seorang penyarah di universiti di sini kira-kira 10 tahun lalu.

N. Thevananthan dilantik menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) hampir tiga tahun  sebelum pihak universiti mengetahui tentang sijil PhD dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat dan ijazah kedoktoran neurosains dari Universiti Toronto, Kanada miliknya adalah palsu.

Pada Khamis, Thevananthan didakwa di mahkamah majistret di sini kerana menipu USM menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan jawatan pada 15 Ogos 2008 dan telah menerima bayaran gaji sebanyak RM195,081.38 sepanjang tempoh tersebut.

Kesalahan tersebut didakwa dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dihukum penjara 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun membuat rayuan kepada majistret L. Umma Devi.

tipu sijil

Artikel Berikut

Artikel Lain