Jom Ke Bangi Wonderland, Macam-Macam Ada! - Semasa | mStar

Jom Ke Bangi Wonderland, Macam-Macam Ada!

PETALING JAYA: Musim cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi, dan pastinya ibu bapa sibuk mencari idea untuk merencanakan aktiviti menarik bagi meluangkan masa bersama anak-anak dan ahli keluarga lain.

Bagi yang mahu berlibur dari 17 sehingga 25 Mac ini, taman tema air Bangi Wonderland mengatur pelbagai program termasuk mengadakan karnival untuk memeriahkan percutian seisi keluarga.

Tambah menarik lagi, aktiviti seperti pertandingan karaoke, mewarna dan pencarian harta karun turut tersedia untuk disertai pengunjung ke taman teman air ini.

Magic Funnel.

Selain itu, maskot-maskot Bangi Wonderland turut membuat penampilan istimewa termasuk persembahan buskers dan pertandingan kuiz pantas.

Bangi Wonderland menawarkan 15 tarikan permainan berasaskan air iaitu Boomeriang, Water Cannon, Spiralax, Body Slide, The Fall, Anaconda Trail dan Insane Racer.

Antara tarikan lain adalah Wonder Loop, Magic Funnel, Green Pearl, Pirates Bay, Kids Adventure, Meander River, Typhoon River dan Pirate Spa.

Insane Racer.

Jangan lepaskan peluang kerana istimewa buat anda yang lahir pada pada bulan Mac, Bangi Wonderland ada 'hadiah' buat anda menerusi promosi ‘March Birthday Giler!'.

Bagi yang berumur tiga tahun ke atas yang menyambut ulang tahun pada bulan ini, anda berpeluang mendapat tiket masuk percuma.


Syaratnya adalah anda perlu membawa minimum seorang sehingga maksimum lima orang dengan harga diskaun 50 peratus (Isnin hingga Jumaat) dan 30 peratus (Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan cuti umum).

Promosi sepanjang bulan Mac ini adalah untuk pemilik MyKad dan bukan warganegara.

Pirates Bay.

Harga asal bagi seorang dewasa adalah RM58 (MyKad) dan RM70 (bukan warganegara), RM48 seorang bagi kanak-kanak yang berketinggian 90 hingga 130 sentimeter (MyKad) dan RM60 (bukan warganegara); warga emas dan orang kelainan upaya dikenakan separuh harga bayaran, manakala kanak-kanak di bawah 90 sentimeter pula boleh masuk percuma.

Terletak di lokasi strategik di antara Bangi dan Kajang berhampiran dengan susur keluar Bukit Mahkota (Lebuh Raya Utara-Selatan), Bangi Wonderland yang dibuka pada Ogos 2016, beroperasi setiap Isnin -hingga Jumaat (11 pagi hingga 6 petang), manakala Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum (10 pagi hingga 6 petang), dan tutup pada setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Bangiwonderland  atau laman sosial Facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort dan instagram officialbangiwonderland.

Bangi Wonderland

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM