suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mercedes Pandu Lawan Arus Buat Kecoh, Hentam Kereta Lain

SIKAP seorang pemandu Mercedes Bens yang memandu melawan arus dan melanggar sebuah kereta jenis Bezza dalam kejadian di Dataran Sunway, Petaling Jaya pada Khamis malam mengundang kecaman netizen.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.57 malam itu, pemandu Mercedes bertindak melanggar bahagian hadapan kereta Bezza dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan pemandu berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa yang tampil menerusi ruangan komen memberitahu tiada pergaduhan berlaku dan laporan polis telah pun dibuat.

Dataran Sunway, samseng

Artikel Lain