suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kepala Manusia Ditemui Di Tebing Sungai Batang Lupar

KUCHING: Penduduk Sri Aman digemparkan dengan penemuan objek dikatakan kepala manusia di tebingan sungai Batang Lupar, Sri Aman yang terletak kira-kira 280 kilometer dari pusat bandar.

Kepala itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tebingan tersebut pada kira-kira 4.30 petang.

Ketua Balai Polis Sri Aman, ASP Kerry Dunstan ketika dihubungi berkata setelah menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.“Berdasarkan keadaan fizikal, kepala manusia itu merupakan perempuan berusia 20-an dan dipercayai mati kurang dari 24 jam.

“Kepala itu kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat,” katanya.Kerry meminta penduduk yang kehilangan ahli keluarga perempuan berusia 20-an untuk tampil ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.-Bernama

Kepala manusia

Artikel Lain