suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Dijerut Tuala

Mangsa telah diserang oleh penyamun yang disyaki masuk ke dalam rumah dari pintu belakang. - Facebook/ 8 News

ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas dijumpai mati dengan kesan dijerut tuala dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Malaysia, di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata mangsa, Kau Fu Eng, 71, ditemui oleh anak perempuan dan cucunya kira-kira pukul 5.45 petang ini.

"Sebelum kejadian mangsa tinggal di rumah berseorangan selepas anak dan cucunya keluar dan apabila pulang mereka mendapati rumah berada dalam keadaan selerak sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dalam sebuah bilik.

Polis menerima laporan pada pukul 6.13 petang dan hasil siasatan kita syaki mangsa telah diserang oleh penyamun yang disyaki masuk ke dalam rumah dari pintu belakang yang dipercayai tidak berkunci," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, Ahad.

Katanya, suspek telah bertindak menjerut leher mangsa menggunakan tuala dan menutup mulut mangsa selepas mangsa menjerit.

Mior Farid berkata siasatan mendapati barang kemas bernilai RM10,000, sebuah tablet dan beberapa jam tangan hilang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - Bernama

maut, samun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain