suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelumba Cub Prix Maut Dalam Kemalangan

NILAI: Pelumba Cub Prix negara, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran, maut dalam kemalangan yang melibatkan dua motosikal di Kilometer 22.9 arah Utara Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Zaldino Zaludin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, seorang lagi penunggang Dzul Fikar Idris, 27, mengalami kecederaan di badan, tangan dan kaki.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di lorong paling kiri, yang sedang menghala ke Kuala Lumpur, cuba mengelak sesuatu objek di atas jalan raya.

"Mangsa seterusnya telah terbabas ke lorong paling kanan manakala motosikal Dzul Fikar yang berada di lorong tengah terbabas lalu jatuh kerana cuba mengelak daripada melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaldino berkata mayat Zaidy dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban bagi tujuan bedah siasat manakala Dzul Fikar dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

"Kedua-dua kenderaan akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian Kimia Kriminalistik," katanya.

Zaidy merupakan pelumba Cub Prix bagi pasukan Motul Yamaha YY Pang bagi kategori CP115.- Bernama

Zaidy Mohamad

Artikel Lain