suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Australia Terselamat, Pesawat Ringan Terhempas

KUANTAN: Seorang lelaki warga Australia terselamatselepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas berhampiran Ladang Kampung Melati, Rompin dekat  sini, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata pesawat milik Syarikat Woorayi Air Services itu dilaporkan  terhempas pada pukul 3.20 petang semasa melakukan operasi meracun ulat bungkus di Felda Keratong 2, Rompin.

"Warga Australia itu, Barry Allen Foster, 66 tidak mengalami kecederaan namun dibawa ke Pusat Kesihatan Tun Razak untuk pemeriksaan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.20 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dan operasi terkawal pada pukul 6.40 petang.-Bernama

Pesawat terhempas

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dijerut Tuala

Artikel Berikut

Artikel Lain