suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jari Tersepit Mesin Jahit

Bomba mengambil masa kurang lima minit untuk mengeluarkan jari mangsa. Foto Sinar Online

NILAI: Seorang tukang jahit terpaksa menahan sakit beberapa minit selepas jarinya tersepit pada mesin jahit digunakan di Jalan Bandar Baru Nilai, Putra Point di sini, Rabu.

Ketika kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa Zuriyati Meerangani, 33, sedang menyiapkan tempahan baju Melayu pelanggannya bersama seorang lagi rakan sekerja.

Namun, rakannya dikejutkan dengan jeritan mangsa yang mengerang kesakitan, lalu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.19 petang memaklumkan kejadian itu dan seramai enam anggota bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa.

"Sebaik sampai didapati mangsa Zuriyati sedang menahan kesakitan akibat jari telunjuknya tersepit pada mesin jahit ketika sedang menyiapkan tempahan baju Melayu pelanggan.

"Bomba ambil masa kurang lima minit bagi mengeluarkan jari mangsa dan membuat rawatan awal sebelum menghantarnya ke klinik," katanya. - Sinar Online

mesin jahit

Artikel Lain