suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahrizat Beri Bayangan Sedia Tanding PRU-14

Shahrizat ketika sidang media selepas Majlis Ziarah Sayang sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee oada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memberi bayangan bersedia bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata segala keputusan terserah kepada pucuk pimpinan parti.

"Orang politik mesti bersedia untuk segala-galanyanya... terpulang pada Pengerusi (BN) (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Wanita BN kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya untuk membuat kemunculan semula pada PRU akan datang.

Sementara itu, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Besar, Shahrizat menjawab: "Macam-macam khabar angin saya dengar.

"Terima kasihlah yang bercakap saya akan bertanding di sana-sini, dalam politik biarlah orang mahu kita. Tapi semuanya terpulang pada bos saya (Najib)," katanya. - Bernama

Shahrizat Abdul Jalil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain