suria

Bekas Ketua Audit Negara, Ishak Tadin Meninggal Dunia

Gambar fail Ishak Tadin (tiga, kiri). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ishak Tadin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa di sini, Isnin.

Adik ipar Allahyarham, Zulkhairi Abdul Samad, 60, berkata, Allahyarham Ishak, 86, meninggal dunia kira-kira 2.30 petang Isnin akibat sakit tua.

Zulkhairi berkata, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ibnu Sina di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Titiwangsa 5.

"Ketika hayatnya, arwah Ishak seorang yang baik dan pendiam serta mengutamakan pentadbiran negara dan komited dalam kerjanya," katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Sa'adah Abd Samad, seorang  anak lelaki dan dua anak perempuan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dari 1 Mac 1981 sehingga 31 Mei 1986 dan dilantik menjadi Ketua Audit Negara dari 1986 sehingga 1994. - Bernama

Ishak Tadin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain