suria

Boy Iman Direman Lagi

Boy Iman.

AMPANG: Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman direman dua hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah di daerah ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roslan Mohd Nor berakhir pada Khamis.

Boy Iman, 38, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.

Boy Iman yang berbaju t-shirt biru kuning tiba kira-kira jam 11 pagi dengan tangan bergari sebelum dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 11.30 pagi diiringi anggota polis.

Pada 2 Oktober tahun lalu, pelakon yang popular menerusi telemovie Blok 404 itu pernah ditahan bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta. - Sinar Online

Boy Iman

Artikel Sebelum

4 Individu, RM4 Juta - SPRM

Artikel Lain