suria

1MDB: Azmin, Zahid Gagal Cabar Laporan Ketua Audit

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Muhammad Zahid Md Arip gagal mencabar tindakan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi apabilas Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman mereka.

Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan kehakiman itu yang difailkan Mohamed Azmin dan Muhammad Zahid , yang juga bekas Mursyidul Am Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai).

Hakim juga memutuskan bahawa kedua-dua pemohon tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan undang-undang itu.

Mohamed Azmin memfailkan permohonan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonannya, Mohamed Azmin  menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan Najib adalah suatu  konflik kepentingan apabila mengarahkan Ambrin supaya mengklasifikasikan laporan ketua audit itu sebagai "Rahsia Rasmi” di bawah peruntukan Seksyen 2B Akta Rahsia  Rasmi 1972.

Beliau turut memohon satu lagi deklarasi bahawa klasifikasi yang dilakukan Ambrin terhadap laporan  1MDB sebagai "Rahsia Rasmi” di bawah OSA adalah  menyalahi undang-undang dan "ultra vires" melampaui kuasanya untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan , OSA dan Akta Audit 1957.

Sementara itu, Muhammad Zahid  memfailkan permohonan  berasingan terhadap responden sama, memohon suatu perintah menjadikan laporan akhir 1MDB boleh diakses orang awam.

Kamaludin dalam penghakimannya berkata pemohon gagal membuktikan hak mereka di sisi undang-undang dan oleh itu mereka tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang.

"Alasan yang dikemukakan pemohon untuk membuktikan yang beliau mempunyai locus standi  untuk mengambil tindakan ini atau terjejas teruk, adalah amat remeh. Pemohon tiada kena mengena langsung dengan  keputusan Ketua  Audit itu dan hanya menyibuk.

"Saya tidak nampak kaitan laporan akhir Ketua Audit  itu mengenai 1MDB dan keputusan Ketua Audit untuk mengklasifikasikan laporan itu sebagai rahsia rasmi diberitahu kepada pemohon atau telah memberi kesan secara langsung /melanggar haknya,” katanya.

Hakim juga berkata terdapat tuduhan serius terhadap perdana menteri berhubung penyelewengan kewangan dalam 1MDB , termasuk tuduhan pemohon bahawa 'Malaysia Official 1' ialah responden yang menerima sejumlah RM2.08 billion, dimasukkan ke dalam akuan bank peribadinya, yang sumber wang itu adalah daripada 1MDB.

Beliau berkata tidak terdapat keterangan atau bukti mengenai Najib dalam hubungan penyelewengan kewangan 1MDB, tuduhan itu tidak benar, dan jika tidak benar, tiada sebab  bagi pemohon untuk membetulkan apa yang telah ditulis dan diterbitkan dalam buku berkenaan dan untuk melihat sama ada apa yang ditulisnya adalah benar dan dikekalkan.

Kamaludin juga berkata istilah rahsia rasmi dalam Seksyen 2 Akta 88 OSA bermaksud mana-mana dokumen  yang dinyatakan dalam perkara itu dan mana-mana maklumat dan material berkaitan dengan itu serta termasuk mana-mana dokumen rasmi lain, maklumat dan material yang boleh diklasifikasikan sebagai  'Rahsia Besar,”Rahsia” Sulit"” dan Terhad  mengikut yang mungkin dilakukan  menteri, menteri besar  atau ketua  menteri sesebuah  negeri atau pegawai awam  yang dilantik mengikut  seksyen 2B OSA.

Beliau berkata sebagai rahsia rasmi, dokumen ini hanya boleh  didedahkan jika diklasifikasikan di bawah Seksyen 2C Akta 88, bahawa  seorang menteri  atau pegawai awam yang boleh pada bila-bila masa mengklasifikasikan  mana-mana dokumen yang dinyatakan dalam jadual atau  mana-mana dokumen rasmi , maklumat dan material yang mungkin telah diklasifikasikan dan atas sebab pengklasifikasian itu, dokumen berkenaan, maklumat atau material berkenaan tidak lagi menjadi rahsia rasmi.

"Oleh itu saya bersetuju bahawa seksyen terdahulu yang berkaitan dalam Akta 88. tidak terbuka kepada sesiapa termasuk mahkamah untuk menggantikan status "rahsia  rasmi” laporan  itu  atau arahan, untuknya diklasifikasikan.

"The instant case, the applicant is trying to substitute the court for the public officer concerned charged with the responsibility of such declassification. The power and the duties to declassify the documents under Act 88 have been given to the relevant parties, not to the court," he said.

"Dalam kes berkenaan, pemohon cuba mengusulkan  pengganti  kepada mahkamah, bagi pegawai awam itu  bertanggungjawab terhadap tindakan mengklasifikasi itu. Kuasa dan tanggungjawab untuk mengklasifikasi dokumen di bawah  Akta 88 telah diberikan kepada pihak -pihak berkaitan bukan kepada mahkamah,”katanya.

Hakim itu juga berkata daripada penjelasan  Ketua Audit Negara, adalah jelas bahawa laporan AG itu disediakan oleh Jawatakuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan ia bertujuan bagi PAC menyiapkan laporan  itu.

Azmin, IMDB

Artikel Berikut

Artikel Lain