suria

Hutang Punca Dibunuh Kejam

JOHOR BAHRU: Hutang pengedaran dadah dikenal pasti sebagai motif kejadian pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kumpulan kongsi gelap di sini terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Katanya, empat wanita dan 10 lelaki berusia antara 16 dan 26 tahun ditahan di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Singapura berhubung kes itu.

"Kami menjangkakan lebih banyak tangkapan dan Bukit Aman akan membantu polis Johor dalam siasatan ini," katanya pada sidang media di ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini Jumaat.

Wan Ahmad turut menasihati orang ramai supaya yakin dengan keupayaan polis dalam menyelesaikan kes itu.

Bagaimanpun beliau berkata polis memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati netizen supaya berhenti menyebarkan berita palsu di laman sosial kerana tindakan itu hanya akan mengganggu siasatan polis.

Namun, beliau berkata Johor Bahru masih lagi lokasi selamat bukan sahaja untuk rakyat tempatan tetapi juga pelancong Singapura dan Indonesia yang datang ke bandaraya itu.

bunuh, kongsi gelap

Artikel Sebelum

Dividen, Bonus ASB 8.25 Sen

Artikel Berikut

Artikel Lain