suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dividen, Bonus ASB 8.25 Sen

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), dengan bayaran dividen tujuh sen seunit, bonus 0.25 sen seunit.

Malah ia juga mengumumkan bonus khas satu sen seunit ke atas baki sehingga 10,000 unit sempena Ulang Tahun ke-40nya pada Mac 2018.

Agihan pendapatan itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

"Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus, akan dikreditkan ke akaun pemegang unit pada 1 Jan 2018, manakala bonus ulang tahun istimewa akan dikreditkan pada 1 Mac 2018," kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai maklumat terkini suku tahun keempat PNB 2017, di sini Jumaat.

Bagi Amanah Saham Nasional (ASN), Abdul Wahid berkata, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.- BERNAMA

ASB, dividen, bonus

Artikel Sebelum

Kai-Tak Tidak Ancam Malaysia

Artikel Berikut

Hutang Punca Dibunuh Kejam

Artikel Lain