suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kai-Tak Tidak Ancam Malaysia

KUALA LUMPUR: Ribut tropika Kai-Tak mulai lenyap dan bukan lagi menjadi ancaman kepada Malaysia, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Alui Bahari.

Beliau berkata melalui pemantauan rapi jabatan itu, ribut berkenaan yang dijangka melanda negara mulai hari ini, mungkin tidak berlaku.

"Setakat ini, boleh dikatakan ia bukan lagi ancaman kepada Malaysia dan hampir lenyap," katanya.

Alui berkata keadaan itu disebabkan oleh pergerakan dan intensiti taufan tropika yang sentiasa berubah berdasarkan ketidaktentuan corak atmosfera dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, katanya, hujan dijangka berterusan di beberapa negeri namun tidak lebat.

Dalam pada itu, Alui menasihatkan orang ramai supaya memuat turun aplikasi mudah alih, myCuaca, bagi mendapatkan maklumat terkini cuaca yang dikemas kini setiap tiga jam.

Selain laman sesawang METMalaysia, aplikasi myCuaca turut memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengakses maklumat dengan lebih cepat, ringkas dan padat. - BERNAMA

Kai-Tak, METMalaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dividen, Bonus ASB 8.25 Sen

Artikel Lain