'Saya Nak Cubit Buang Jin’

Tengku Suzila menunjukkan sebahagian penghargaan perkhidmatan cemerlang diperolehinya.

LAIN guru lain caranya. Begitulah inisiatif diambil Guru Sejarah SMK Puncak Alam ini yang mengajar dengan pendekatan tegas tapi sayang kepada anak didiknya.

Menurut Tengku Suzila, bukan mudah untuk pelajar fokus dalam pelajaran khususnya subjek sejarah yang lebih banyak membaca dan menggunakan fakta dalam menjawab soalan.

"Tak dinafikan kalau kelas sejarah tu, pasti ada pelajar yang tidur, tak siap kerja yang diamanahkan dan tak fokus terutamanya mereka yang berada di kelas hujung. Sebab tu saya ambil pendekatan berbeza setiap kelas supaya mereka dapat fokus. Kalau kelas depan saya tak kisah sebab mereka ni rajin sikit dan senang dibentuk.

 “Tapi kalau kelas hujung ni saya kena ambil cara lain untuk tarik perhatian mereka. Ada masanya saya cubit mereka sambil kata, saya cubit awak ni sebab sayang dan awak tak amanah sebab tak siapkan kerja yang saya bagi.

“Saya siap cakap, saya nak cubit buang jin dalam badan awak ni supaya awak rajin belajar dan berjaya dalam hidup. Alhamdulillah mereka yang terkena cubitan saya menjadi 'orang'.

“Kalau saya tak sayang, saya akan abaikan pelajar tu tapi disebabkan sayangkan mereka macam anak sendiri dan mahu semua pelajar dapat belajar dengan baik, saya ambil cara macam tu dan alhamdulillah mereka faham.

Bergambar bersama sebahagian pelajarnya.

"Lagi seronok bila pelajar yang kena cubit kongsi cerita yang dia ingat semua jawapan untuk soalan subjek sejarah disebabkan cubitan saya itu,” katanya berseloroh.

Tak pilih jadi guru

Awalnya, kerjaya sebagai guru tidak terlintas langsung di fikiran memandangkan ketika di bangku sekolah anak jati Kelantan ini amat meminati kerjaya badan beruniform.

“Dulu tak pernah terfikir nak jadi cikgu sebenarnya sebab saya suka tengok polis tapi sayangnya bila masuk sekolah menengah, saya mula rabun dan tak dapat nak masuk kerja unit badan beruniform.

“Tapi mak galakkan saya untuk jadi cikgu dan alhamdulillah lepas tamat STPM, saya dapat sambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya (UM) selama empat tahun.

Mesra dengan pelajar membuatkan Tengku Suzila disenangi semua.

“Kemudian saya sambung ambil diploma pendidikan di universiti sama selama setahun sebelum dapat tawaran mengajar di sekolah pertama iaitu SMK Seri Istana Klang,” katanya.

Seronok anak didik berjaya

Sudah menjadi momen terindah buat guru apabila melihat anak didiknya berjaya dalam subjek sejarah dalam peperiksaan penting dan berjaya dalam kerjaya masing-masing selepas tamat sekolah.

“Bila tengok mereka dapat keputusan cemerlang dalam subjek sejarah, hati gembira dan mereka yang dapat A pastinya akan tunggu saya untuk diraikan bersama. Saya selalu berpesan bahawa sejarah ni amat penting,” katanya. - Sinar Online

SMK Puncak Alam, Tengku Suzila

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain