‘Bawa Dokumen, Itu Tanda Saya Serius’ - Semasa | mStar

‘Bawa Dokumen, Itu Tanda Saya Serius’

PUTRAJAYA: Selebriti Azwan Ali hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan dokumen dan bukti berkaitan penyelewengan dan salah laku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azwan yang juga merupakan adik kepada Mohamed Azmin tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan membawa bersama sepucuk sampul surat bersaiz A4.

Ketika ditanya berapa muka surat dokumen yang dibawa, Azwan enggan mengulas lanjut.

"Berapa tebal dokumen ini menunjukkan betapa serius perkara ini.

"Saya tak tahu berapa lama akan berada di dalam. Ini kali pertama di sini," katanya di hadapan lobi SPRM pagi Rabu.

Azwan dijangka akan menyerahkan dokumen tersebut kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki. - Sinar Online

Azwan Ali , Azmin Ali , SPRM

Artikel Sebelum

'Saya Nak Cubit Buang Jin’

Artikel Berikut

Kenangan Mengusik Jiwa, Mencucuk Hidung

Artikel Berkaitan

SPRM Akan Jumpa Azwan Ali

“Saya Ahli Umno Tapi...” - Azwan Ali

Lebih Artikel