Kisah Cikgu Azizan Tarik Perhatian - Semasa | mStar

Kisah Cikgu Azizan Tarik Perhatian

Kisah Cikgu Azizan yang tular di Facebook.

SHAH ALAM: Sejak beberapa hari lalu, tular di Facebook mengenai kisah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sebuah sekolah di Seremban dikenali sebagai Cikgu Azizan yang dihadapkan ke mahkamah kerana tegas dalam isu disiplin murid.

Difahamkan, dakwaan ke atasnya dibuat pihak ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap Cikgu Azizan mengenakan tindakan tegas kepada anak mereka yang dikatakan terlibat masalah disiplin di sekolah.

Kisah Cikgu Azizan ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberi sokongan terhadapnya sekali gus mewujudkan tanda pagar #pray4cikguazizan.

Pada masa sama, netizen turut menolak tindakan ibu bapa itu didakwa cuba mengheret dan memperbesarkan perkara yang boleh diselesaikan dengan cara lebih baik tanpa melibatkan pihak mahkamah.

Terdapat juga pihak berkongsi kronologi kisah Cikgu Azizan serta tarikh perbicaraan pada 19 Disember.

Selain netizen, perkara ini turut mendapat perhatian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak mengesahkan pihaknya turut menyatakan sokongan terhadap Cikgu Azizan yang terpaksa berdepan pendakwaan itu.

“Kes ini masih dalam perbicaraan, jadi kita tak mahu buat kenyataan mengenai kes ini lagi buat masa ini.

“Tapi kita cuba menyatakan sokongan kepada seorang guru yang berperanan untuk mendisiplinkan murid. Tapi itu tidak bermakna kami menyokong beliau berbuat salah atau sebaliknya, tapi untuk beri sokongan moral,” ujarnya pada Ahad.

Katanya, terdapat segelintir ibu bapa kurang memahami peranan guru dalam membentuk disiplin murid adalah antara penyebab situasi seperti ini berlaku.

“Ada segelintir ibu bapa yang kurang memahami sehingga membawa kes ke mahkamah padahal ia boleh di selesaikan di peringkat sekolah sahaja,” katanya. - Sinar Online

Cikgu Azizan , NUTP

Artikel Sebelum

Tangisan Wanita Di Luar Bilik Mayat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain