suria

Tangisan Wanita Di Luar Bilik Mayat

Salah seorang wanita yang dipercayai isteri mangsa dan berpakaian kemeja hitam dilihat menangis di luar bilik mayat.

JOHOR BAHRU: Beberapa individu yang dipercayai merupakan rakan dan keluarga kepada mangsa pembunuhan di stesen minyak Jalan Sri Pelangi dilihat menunggu mayat mangsa dikeluarkan dari milik mayat.

Mereka dilihat memasuki dan berlegar-legar di kawasan Hospital Sultan Ismail kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

Salah seorang wanita yang dipercayai isteri mangsa dan berpakaian kemeja hitam dilihat menangis.

Menyedari kehadiran media, seorang wanita lain memberitahu pihak pengawal keselamatan yang kemudiannya meminta para wartawan untuk meninggalkan kawasan itu.

Menurut penjaga yang bertanggungjawab atas pengebumian itu, proses bedah siasat dijangka selesai pada petang Isnin.

Mangsa berusia 44 tahun itu yang memiliki nama samaran sebagai Ah Chiu ditikam dalam serangan yang dilakukan oleh empat suspek, yang kemudiannya melanggar tubuh mangsa sebanyak dua kali dengan menaiki BMW putih di stesen minyak di Taman Pelangi pada pukul 7.30 malam Ahad.

Mangsa sebelum itu meletakkan kereta Volkswagen Polo miliknya di stesen minyak tersebut untuk memeriksa angin tayar ketika suspek keluar dari kereta dan segera menyerangnya.

bunuh stesen minyak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain