suria

Kabinet Tak Dimaklum Imams Babit Pihak Luar - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Kabinet tidak dimaklumkan mengenai Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams) yang kini dibatalkan akan dikendalikan pihak luar, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hal mengenai Imams dibawa ke mesyuarat Kabinet, tetapi tiada taklimat terperinci yang diberikan.

"Kabinet dimaklumkan tentang sistem untuk mendaftarkan jemaah umrah, yang juga akan menetapkan garis panduan dan kaedah tertentu bagi melindungi mereka.

"Tapi tiada makluman mengenai pelantikan mana-mana syarikat untuk menguruskan sistem, atau dikendalikan pihak luar," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Sistem Imams dikatakan sebagai satu-satunya cara permohonan visa umrah di Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Sistem yang bertujuan untuk menangani kes-kes penipuan umrah di negara ini, bagaimanapun dibatalkan pada Sabtu dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan.

Bagaimanapun, ia mengundang pelbagai reaksi masyarakat kerana antara lain dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyambut baik keputusan pembataolan sistem Imams kerana Kerajaan tidak mahu syarikat swasta menggunakan sistem berkenaan untuk mengenakan sebarang caj.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, dan saya menggesa kementerian itu supaya menetapkan prosedur operasi standard dan kaedah pemantauan sistem lain yang boleh digunakan selepas pembatalan Imams," katanya.

Imams

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain