suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TPM Sah Tangkapan Pegawai Imigresen

LAHAD DATU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan dua pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan berhubung kes penyeludupan warganegara Bangladesh.

Beliau berkata pegawai terlibat bertugas di bahagian kaunter KLIA.

"Ada beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen disyaki turut terlibat dan siasatan masih dijalankan.

"Setakat ini, dua pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan bertugas di bahagian kaunter KLIA," katanya pada sidang media sempena lawatan kerjanya di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am Lahad Datu di sini, pada Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai tangkapan pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki terlibat dengan penyeludupan warganegara Bangladesh di KLIA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri  berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali supaya mengetatkan kawalan di pusat pemeriksaan terutamanya di KLIA.

"Kita juga akan menambah pegawai Jabatan Imigresen di KLIA," katanya. -Bernama

Jabatan Imigresen, KLIA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia