suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tembak: Datuk, Bapa Saudara Direman

Datuk (kiri) dan bapa saudara mangsa direman.

ALOR SETAR: Seorang datuk dan bapa saudara direman susulan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun akibat terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena pagi Rabu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar,Nor Azah Idris mengeluarkan perintah reman itu selama tujuh hari sehingga 20 Disember, terhadap lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya 15 tahun selepas suspek dibawa ke mahkamah pada pagi Khamis.

Kedua-dua mereka merupakan datuk dan bapa saudara mangsa.

Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin maut selepas tertembak oleh bapa saudaranya menggunakan senapang patah di ruang tamu di kediaman datuknya di Pokok Sena pada Rabu.

Difahamkan mangsa tinggal di rumah datuknya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri mukanya.

Beliau berkata, senapang itu dibawa balik suspek yang berusia 50 tahun bagi tujuan menembak tupai.

Tambah Mohd Rozi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Senapang patah yang mempunyai lesen yang sah milik moyang mangsa berusia 80 tahun itu dirampas.

senapang patah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jejambat 'Makan' Kereta

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia