suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 4 Tahun Maut Didera, Lima Direman

PETALING JAYA: Seramai lima individu ditahan kerana menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun atas tuduhan didera oleh keluarga angkatnya di Jalan PJS 8/14 di sini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zaini Che Din berkata, tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 23 dan 57 ditahan pada pukul 9 malam Sabtu.

Katanya, mangsa yang berketurunan Indonesia dibawa ke Hospital Sungai Buloh dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang.

Tambah beliau, laporan polis dibuat oleh jirannya, doktor bertugas dan pengasuh yang membawa mangsa ke hospital.

Mohd Zani berkata, jiran keluarga itu mendakwa terdengar tangisan budak perempuan dan seorang perempuan menjerit meminta kanak-kanak itu diam.

Jiran yang lain turut memberitahun Mohd Zani bahawa mereka menyedari terdapat kesan pada badan mangsa dan dia berjalan tidak seimbang.

Mohd Zani berkata, semua lima suspek tersebut direman dan kes disiasat di bawah Seksyen  31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

dera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kek Kahwin Kawanku Musnah!

Artikel Lain