suria

Letupan Di Perak, KL Palsu - Polis

KUALA LUMPUR: Polis menolak penyebaran dua berita berkaitan kejadian letupan yang didakwa berlaku di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara dan satu lagi utara Perak.

Dalam kejadian pertama, sebuah kotak yang didakwa mengandungi bom telah di temui dalam pusat membeli-belah di Pantai Dalam pada 9 November lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid mengesahkan tiada bahan letupan dalam kotak itu.

Beliau berkata, polis telah bergegas ke lokasi dan mengawal keadaan di situ.

"Sebaik menjalankan pemeriksaan, skuad bom mengesahkan kotak itu tidak mengandungi bahan letupan.

"Kotak itu kemudian telah dimusnahkan," katanya.

Ruslan menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab apabila berkongsi berita di laman media sosial.

"Sepatutnya periksa dan sahkan sebarang maklumat yang diperoleh sebelum berkongsi," katanya.

Di IPOH, Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superitendan Raduan Mohamad menafikan berlakunya letupan di kawasan berkenaan.

Difahamkan, hanya letupan kecil berlaku ketika sebuah kilang papan terbakar di Ipoh baru-baru ini.

Ruslan Khalid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain