suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LPT: Warga Emas Ditahan Pandu Lawan Arus

KUANTAN: Polis telah menahan pemandu yang dirakam memandu menentang arus di Km 234 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tiga hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supritendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, lelaki warga emas berusia 81 tahun tersebut ditahan pada hari yang sama oleh polis yang melakukan rondaan.

“Sebuah kereta peronda polis mengekori kenderaan suspek dan dia ditahan di Plaza Tol Kuantan,” katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sungai Lembing itu akan didakwa pada 27 Nov ini namun buat masa ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau mengulas mengenai  klip video yang tular di laman sosial yang menunjukkan sebuah kereta Proton Savy dipandu menentang arus di lebuh raya itu yang dipercayai berlaku pada  4.45 petang, 9 November lalu.

Kereta itu dipercayai dipandu dalam keadaan sedemikian dari  susur keluar  Gambang  menghala Plaza Tol Kuantan.-- Bernama 


LPT, Plaza Tol Kuantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain