suria

Kelah Penyelamat Ikan Yu

KOTA KINABALU: Ikan kelah yang dikatakan sebagai ikan air tawar paling mahal di negara ini, mungkin menjadi jawapan kepada populasi ikan yu yang semakin berkurang sekiranya pelanggan bersedia menerimanya sebagai pengganti sup sirip ikan yu.

The Crab House Seafood Restaurant di Suria Sabah mengambil inisiatif untuk menyediakan menu ikan kelah ini.

Pemiliknya Leonard Teh, berkata mereka bekerjasama dengan Persatuan Perlindungan Jerung Sabah (SSPA) dan dan pembiak baka Go Seafood Sdn Bhd.

"Kami masih menerima tempahan untuk sup sirip ikan yu tetapi memberitahu pelanggan bahawa ada alternatif, seperti ikan kelah atau udang galah, yang boleh membantu usaha pemuliharaan ikan yu," katanya.

Jelas Teh, harga ikan kelah boleh mencecah RM1,000 sekilo dan isinya yang lembut.Ikan kelah boleh dimasak dengan pelbagai resepi, seperti digoreng, dihidangkan mentah sebagai sashimi atau dikukus dengan hirisan halia.

Jelasnya,  tulang dan kulitnya boleh dijadikan sup manakala sisiknya boleh digoreng dan dimakan - 'setiap inci ikan boleh dimakan'.

Teh berkata restorannya bersedia untuk mengeluarkan sup sirip ikan dari menu jika pelanggan bersedia menghentikan pesanannya.

Presiden SSPA Aderick Chong berkata, ia akan mengadakan pameran di Imago Shopping Mall dari pukul 11 ​​pagi hingga 6 petang Sabtu untuk meningkatkan kesedaran terhadap situasi tersebut.

Tambahnya, adalah penting bagi orang ramai untuk mengetahui isu-isu yang mengancam populasi ikan yu dan perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkannya.

Ikan Yu, Ikan Kelah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain