suria

“Patah Kaki Dan Tangan Selama 12 Jam Dibuatnya”

Pasukan dari Lautan Variasi melakukan pembuktian konsep (POC) bagi teknologi satelit di sebuah sekolah.

PETALING JAYA: Melawat tapak projek adalah tugasannya, meskipun sibuk namun insan ini tetap tidak pernah lupa untuk menghubungi keluarga tercinta.

Bagimanapun pada suatu hari, hatinya menjadi tidak keruan apabila gagal menghubungi keluarganya menggunakan Internet di tengah-tengah hutan.

Berkongsi pengalaman pada 2011, Syed Nasir Hussin Syed Peer, 38, memberitahu, ketika itu beliau ditugaskan di kawasan pedalaman di Mukah, Sarawak.

Mungkin sudah terbiasa dengan akses komunikasi dan capaian Internet yang mudah dan pantas di bandar, menjadikan hari tersebut begitu berbeza buatnya.

Syed Nasir Hussin Syed Peer.

Berikutan itu, Syed Nasir perlu memandu lebih 50 kilometer untuk membuat panggilan telefon kepada keluarganya, tetapi masih tidak mempunyai rangkaian Internet.

“Bagaimanapun, saya akhirnya dapat menggunakan Internet selepas memandu sejauh 30 kilometer ke pekan terdekat, iaitu lebih 80 kilometer dari tapak projek. Saya rasa ‘patah tangan, patah kaki’ selama 12 jam melalui pengalaman itu. 

“Mungkin penduduk setempat sudah terbiasa dengan keadaan yang saya alami, tapi kita tidak sepatutnya membiarkan ia berlaku pada 2017 untuk kemudahan komunikasi dan capaian Internet,” katanya yang merupakan Pengarah Urusan Lautan Variasi Sdn Bhd.

Ditubuhkan pada Ogos 2015, Lautan Variasi merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang berkembang pesat sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi canggih dan terkini menerusi kerjasama dengan Sistem Rangkaian Hughes dari Germantown, Washington di Amerika Syarikat.

Sistem teknologi satelit dapat memberikan capaian Internet lebih pantas di kawasan pedalaman.

Beliau berkata, kebanyakan kawasan di luar bandar berhadapan dengan capaian akses Internet yang terhad atau diliputi titik buta tanpa kabel fiber optik.

Sehubungan itu katanya, teknologi satelit menjadi jawapan kepada permasalahan itu yang membantu melahirkan masyarakat luar bandar celik teknologi maklumat (IT).

Syed Nasir berkata, Lautan Varisasi merupakan syarikat penyedia teknologi VSAT (Very Small Aperture Terminal) Jupiter 2 di Malaysia bagi platform telekomunikasi satelit VSAT tercanggih, sejak Mei lalu.

Syed Nasir (kanan) menunjukkan kaji selidik guru dan pelajar di sekolah yang terlibat dalam POC bagi sistem teknologi satelit.

Dengan kelajuan akses sehingga 100 megabait sesaat (Mbps), beliau menambah, kemudahan capaian Internet ini boleh dimanfaatkan di kawasan pedalaman seperti agensi kerajaan, industri pelancongan, perbankan dan perladangan serta sekolah.

“Kita telah menjalankan pembuktian konsep (POC) di dua sekolah, iaitu di Sepang, Selangor dan Kapit, Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan

“Kita mendapat maklum balas yang positif apabila para pelajar mendapat capaian Internet dengan lebih pantas, sekali gus memudahkan pembelajaran mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap teknologi satelit dapat diperluaskan ke kawasan pedalaman dan titik buta terutama sekolah-sekolah di luar bandar kerana ia akan menyelesaikan masalah perhubungan antara kawasan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain