suria

Penjara Enam Bulan Tumbuk Pemandu GrabCar

PETALING JAYA: Seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan oleh mahkamah majistret di sini selepas suspek mengaku bersalah atas tuduhan menumbuk seorang pemandu GrabCar.

Hong Waik Koong, 21, mengaku melakukan perbuatan itu dengan niat mencederakan Mohd Fairos Ab Rahim, 33, dalam kejadian yang berlaku di depan Hotel One World di Bandar Utama pada pukul 3.55 pagi, Ahad lalu.

Bapa seorang anak itu dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Hong yang tidak diwakili peguam telah merayu agar hukuman diringankan.

"Saya minta maaf. Saya menyesal dan saya perlu bekerja untuk menyara isteri dan anak yang masih kecil," katanya.

Timbalan Pendakwaraya, Fazeedah Faik meminta pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman sebagai pengajaran kepada suspek.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh dan empat lagi rakannya yang mabuk ingin menaiki Grab Car namun tidak dibenarkan mangsa kerana khuatir mereka muntah di dalam kenderaannya, sebelum Hong bertindak menumbuk  muka mangsa.

GrabCar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain