suria

E-Kad: Lebih 19,000 Pati, 427 Majikan Ditahan

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lebih 19,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan 427 majikanmelaluioperasi penguatkuasaannya sejak program pendaftaran kad sementara (E-Kad) berakhir 30 Jun lepas hingga Selasa.

E-Kad merupakan pengesahan sementara yang dikeluarkan JIM bagi menggantikan dokumen perjalanan sah yang membolehkan pekerja daripada kalangan warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah untuk terus bekerja dalam negara.

Ketua Pengarah JIM Datuk Seri MustafarAli berkata jumlah yang berjaya dicapai dalam tempoh beberapa bulan sahaja itu merupakan kejayaan memberangsangkan hasil tindakan agresif jabatan itu dalam usaha melipatgandakan operasi penguatkuasaannya.

Beliau berkata jabatan imigresen berjaya mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) purata 850 operasi penguatkuasaan setiap bulan sejak Ogos, malah selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mencabar supaya jumlahnya ditingkatkan kepada 1,300, bulan lepas sahaja jabatan itu berjaya melaksanakan 1,327 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.

“Bukan setakat itu …yang penting adalah hasil tindakan, seperti tindakan terhadap Pati, ia jelas telah bertambah,” katanya pada sidang media di Pustaka Negeri Sarawak di sini selepas menyaksikan majlis Ikrar Bebas Rasuah oleh kira-kira 300 pegawai JIM Sarawak, yang mewakili 49 pejabatnya di seluruh negeri.

Sementara itu, merujuk kepada keputusan kerajaan memberi kelonggaran pengambilan pembantu rumah asing (PRA) dari negara sumber tanpa melalui ejen, Mustafar berkata pihaknya sedang membuat rundingan dengan pemegang taruh berkaitan perkaraitudan akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa mengenainya.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaatlepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaa nkini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil PRA secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen, dan semalam JIM mengumumkan majikan boleh mendapatkan permit khas PRA daripada Jabatan Imigrese nmenerusi sistem dalam talian mulai 1 Januari depan.

Beliau berkata setiap tindakan pihaknya dilaksanakan dengan penuh wajar dan sentiasa berhati-hati dalam soal tapisan kerana faham ada segelintir pihak yang akan sentiasa cuba mengambil kesempatan daripada apa jua sistem baharu yang diperkenalkan.

Katanya, langkah pengambilan PRA tanpa perlu ejen itu dilihat susulan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kepentingan semua pihak, terutama pasangan baru bekerja yang memerlukan khidmat PRA, supaya permohonan mereka dipermudahkan dan kosnya diturunkan.

Pada masa sama, ada juga pendatang asing yang datang selepas menggadai tanah dan rumah, malah berhutang kerana dijanjikan pekerjaan, namun diambil kesempatan oleh ejen yang tidak bertanggungjawab, ditinggalkan begitu sahaja sebaik tiba.

Sementara itu Mustafar berkata mengenai komitmen JIM menangani rasuah, pihaknya sedang berusaha melaksanakan kajian dan penelitian faktor yang memberiruang dan peluang kepada perlakuan tidak bermoral ini dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan.

Beliau berkata ia sebahagian daripada usaha membangunkan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) secara manual sebagai satu mekanisma pemantauan terhadap kepatuhan langkah-langkah membanteras rasuah, ke arah persijilan ISO 37001:2016.-- Bernama

e-kad, Mustafar

Artikel Sebelum

Anak Ugut Potong Jari Bapa

Artikel Berikut

Artikel Lain