suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Tahan Pegawai JKKP

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang penolong pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri ini kerana disyaki terlibat dalam kes permintaan dan penerimaan wang rasuah.

Suspek yang berusia 37 tahun disyaki telah meminta sejumlah wang rasuah  daripada seorang pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum, di sini.

Hasil siasatan yang dijalankan, suspek disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM30,000 daripada pengurus projek berkenaan supaya tidak diambil tindakan memasang mesin angkat tanpa mendapat kebenaran dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Suspek yang ditahan di salah sebuah hotel di Johor Bahru  kira-kira jam 2.40 petang semalam bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Susulan itu, satu serbuan dibuat di rumah suspek, pasukan penyiasat telah menjumpai wang tunai berjumlah kira-kira RM 18,505.00 yang disembunyikan di bilik dan bawah tangga kediaman suspek turut dirampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a)Akta SPRM 2009 yang mana boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah petang ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

JKKP, SPRM

Artikel Lain