suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penceroboh Tertidur

JOHOR BAHRU: Seorang pengganggur yang tertidur setelah menceroboh rumah seorang warga emas di Stulang Laut di sini awal pagi Selasa ditahan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Shahurinain Jais berkata dalam kejadian 5.50 pagi itu wanita tersebut yang berusia 64 tahun terkejut apabila melihat individu berkenaan sedang terbaring di dapur sebelum dia menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan.

Beliau berkata suspek yang berumur 38 tahun itu kemudian ditangkap dan dibawa ke balai polis.

“Menerusi siasatan awal, suspek masuk ke rumah itu melalui pintu pagar belakang rumah yang tidak berkunci.

Selain itu dia didapati positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan senjata berbahaya dan kes dadah,” katanya dalam kenyataan.-Bernama

Penggangur

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain