Wartawan Malaysia Ditahan Di Myanmar - Semasa | mStar

Wartawan Malaysia Ditahan Di Myanmar

Bangunan Hluttaw merupakan bangunan Parlimen Myanmar yang terdiri daripada 31 kompleks bangunan. - Wikimedia

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang wartawan wanita warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Myanmar pada Jumaat (27 Okt) kerana dikatakan melakukan penggambaran video menggunakan dron di Bangunan Hluttaw di Nay Pyi Taw tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Ahad, Mok Choy Lin, yang bekerja dengan Turkish Radio and Television (TRT), ditahan bersama-sama dengan seorang warganegara Singapura dan seorang rakyat tempatan di negara itu.

Mereka kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Myanmar.

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon sedang memantau perkembangan kes itu dan akan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya.

Satu portal berita pada Ahad melaporkan bahawa pihak berkuasa Myanmar menahan dua wartawan masing-masing dari Malaysia dan Singapura kerana menggunakan dron untuk merakam gambar.

Menurut laporan itu, Kementerian Penerangan Myanmar memaklumkan bahawa kedua-dua wartawan itu mahu merakam gambar bangunan Parlimen dan pagoda di Nay Pyi Taw apabila pengawal keselamatan mengesan perbuatan mereka. - Bernama

Artikel Sebelum

Dua Maut Nahas Treler, Kereta

Artikel Berikut

Terapung 8 Jam Paut Jaket Keselamatan

Artikel Berkaitan

Wartawan Malaysia Dihadap Ke Mahkamah

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain