suria

Dua Maut Terbabas

MERSING: Dua maut apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas ke arah bertentangan lalu merempuh tempat menunggu bas Institut Latihan Perindustrian Mersing (ILP Mersing) di kilometer 15 Jalan Jemaluang-Mersing di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 6.05 petang itu, kenderaan dinaiki empat mangsa itudari Mersing menuju ke Jemaluang.

"Dalam kejadian itu, seorang mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Manakala seorang lagi yang maut merupakan pemandu berusia 37 tahun yang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasaan Hospital Mersing, " katanya.

Beliau berkata, pemandu yang maut dikenali sebagai Salma@Noraini Adam beralamat di Jalan Gombak Kuala Lumpur manakala penumpang belakang yang turut terkorban ialah Tengku Alang Reza Tengku Ibrahim , 31 tahun dari Pulau Rawa.

Katanya, dua lagi penumpang mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Mersing iaitu Puteri Nur Zawani Mohd Rasid, 33, dan Nor Faizah Abdul Malek, 44.

Menurutnya, lokasi kejadian merupakan jalan lurus berbukit dan kemalangan berlaku selepas hujan berhenti.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Online

maut, terbabas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain