suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 5 Tahun Mati Terkena Mesin Pengasah Milik Bapa

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas bahagian tajam pengasah pemotong rumput hinggap di dadanya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tanjong Besar, Mukim Kubang Rotan di sini kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat.

Difahamkan, bapa mangsa mengasah bilah pemotong rumput itu ketika alat pengasah 'berputar'itu berkecai dan kepingannya terbang.

Mangsa, Nuralia Syifa Murad yang tertikam di dada kiri oleh alat itu dan dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan meninggal dunia.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai seorang mekanik dan hanya dikenali sebagai Murad, berusia 40-an, berkata, anak perempuannya masih berada di rumah ketika dia mula mengasah pisau pemotong rumput itu.

"Saya tidak tahu dia keluar dari rumah.

"Kepingan yang pecah itu terkena kereta saya dulu sebelum Nur Aliya," kata lelaki itu dalam keadaan tidak keruan.

Katanya, Nur Aliya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kubang Rotan pada pukul 11.30 pagi Sabtu.

Murad dan isterinya mempunyai dua lagi anak lelaki berusia 12 dan 18 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain