Rombakan Pegawai Tadbir Negeri Johor - Semasa | mStar

Rombakan Pegawai Tadbir Negeri Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 23 Pegawai Tadbir Negeri Johor terlibat dalam rombakan jawatan berkuat kuasa bulan ini dan bulan depan.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani berkata rombakan itu dilaksanakan selepas kali terakhir dilakukan 1 Januari lepas.

Katanya, langkah itu melibatkan pertukaran pegawai ekoran persaraan pegawai kanan dan kenaikan pangkat.

Ia melibatkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru A. Rahim Nin yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baharu, berkuat kuasa Ahad lalu.

A. Rahim menggantikan Mohd Nasir Abdul Salam yang bersara pada 20 Oktober lepas.

Jawatan Datuk Bandar diisi oleh Amran A. Rahman yang sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Agama Islam Johor.

Azmi berkata Muhammad Fuad Radzuan yang sebelum ini menyandang jawatan Pegawai Daerah Johor Bahru kini dilantik Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, berkuat kuasa Isnin.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada media oleh Unit Media dan Komunikasi (Medkom), Pejabat Menteri Besar Johor, di sini Selasa.

Menurut Azmi, Pegawai Tadbir Negeri Johor yang terlibat dengan rombakan itu, berkuat kuasa 1 November ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Johor Md Rofiki A. Shamsudin yang akan mengisi jawatan Pegawai Daerah Johor Bahru.

Pegawai Daerah Tangkak Abdul ‘Alim Abd Shukor pula bertukar ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Johor manakala Pegawai Daerah Muar Mohd Noorazam Osman ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Sukma JohorPegawai Daerah Batu Pahat Ab Han Ramin beralih ke jawatan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor manakala Pegawai Daerah Pontian On Jabbar @ Jaafar ke jawatan Pegawai Daerah Muar.

Pertukaran itu turut melibatkan jawatan Pegawai Daerah Segamat Mohd Haffiz Ahmad yang akan menyandang jawatan Pegawai Daerah Batu Pahat, selepas ini.

Jawatan Pegawai Daerah Segamat bakal diisi oleh Abdul Rahman Salleh, yang sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Awam Johor.

Selain itu, Pengarah Tourism Johor Mohd Shukri Mohd Masbah dilantik sebagai Pegawai Daerah Pontian manakala Pengurus Besar Pusat Pelaburan Johor, Mahadon Marnin dilantik sebagai Pegawai Daerah Tangkak.

Pengurus Kanan Entrepreneur Development Centre Ramli Abdul Rahman pula beralih jawatan ke Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Awam Johor manakala Setiausaha Bahagian Perumahan Mohd Rafi Abdullah ke jawatan Pengurus Besar Pusat Pelaburan Johor.

Timbalan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang Abdul Malik Ismail pula akan dilantik sebagai Pengarah Tourism Johor; Pentadbir Tanah Muar Mohd Radzi Mohd Amin ke jawatan Setiausaha Bahagian Perumahan; Pentadbir Tanah Tangkak Zainor Adani sebagai Pentadbir Tanah Muar manakala Setiausaha Bahagian Pengurusan/Protokol Hazlina Jalil dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perumahan Mohd Farid Kassim pula beralih jawatan sebagai Pentadbir Tanah Tangkak; Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru Muhamad Syahrizat Alwee sebagai Setiausaha Majlis Daerah Segamat; Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran Hakmilik) Nurul Ashikin A. Jabar dilantik ke jawatan Penolong Ketua Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Turut tersenarai dalam rombakan itu adalah Setiausaha Sulit Kepada Menteri Besar Johor, Mohd Haniff Ahmad yang akan menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran Hakmilik) serta Pegawai Tadbir Pejabat Menteri Besar Johor, Ambok Nani Muhamad Nor sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Johor. - BERNAMA

Johor , Pegawai Tadbir Negeri

Artikel Sebelum

'Hadiah' Enam Meter

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain