suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Tanah Runtuh: “Tak Lulus, Tapi Kenapa Teruskan Juga?”

Polis mengiringi jenazah dari tapak tanah runtuh Tanjung Bungah ke rumah mayat Hospital Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan negeri perlu bertanggungjawab kerana tidak menghentikan projek di Tanjung Bungah sehingga menyebabkan kejadian tanah runtuh, kata Persatuan Penduduk Tanjung Bungah.

Pengerusinya, Meenaksi Raman berkata, JAS seharusnya bertindak menghentikan projek itu selepas mereka menolak permohonan pembinaan pada Januari 2015.

"Walaupun kerajaan negeri bersalah kerana tidak menghentikan projek selepas permohonan ditolak, JAS sepatutnya membuat tindakan susulan (untuk menghentikan projek).

"Penolakan permohonan tidak sepatutnya dalam bentuk nasihat dan garis panduan sahaja," katanya kepada pemberita di Tanjung Bungah pada Isnin.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga melanggar garis panduan undang-undang kerana membenarkan projek itu dijalankan.

Ahli Forum Pulau Pinang, Dr Lim Mah Hui yang turut berada di tapak pembinaan itu pada Isnin berkata, ia mengelirukan apabila kerajaan negeri berkata mereka perlu mengikut garis panduan JAS, namun gagal mendengar nasihat yang diberikan jabatan itu mengenai projek tersebut.

Pada Sabtu, tanah runtuh berlaku di Tanjung Bungah pada pukul 8.30 pagi sehigga menyebabkan nyawa 11 pekerja tapak binaan tersebut terkorban.

Tanjung Bungah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain