suria

Shafie Apdal Gagal Batalkan Perintah Reman

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi menolak bantahan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal terhadap perintah reman selama empat hari yang dikenakan ke atasnya.

Hakim Ismail Brahim menolak bantahan itu dan Shafie akan dibawa ke mahkamah majistret pada pukul 2 petang agar perintah reman dapat disambung.

"Saya tidak bersetuju dan dengan ini mengizinkan perintah reman majistret," kata Ismail.

Shafie direman pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan ke atas dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM1.5 bilion yang diperuntukkan untuk projek pembangunan di luar bandar Sabah.

Penyokong Shafie yang berada di luar kawasan mahkamah mengenakan baju berwarna jingga yang mirip pakaian yang dipakai oleh tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhimpun untuk menunjukkan sokongan terhadap pemimpin itu.

Rosanna Rustam mengetuai pasukan pendakwaraya, sementara  peguam Marti Tommy, Hamid Ismail, Cedric Choo dan Loretto Padua Jr. pula hadir bagi mewakili Shafie.

Artikel Berikut

Artikel Lain