suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keluarga YTL Sumbang RM8 Juta Kepada 50 Badan, Sekolah, Persatuan

Mendiang Yeoh Tiong Lay.

NILAI: Sebagai tanda penghormatan dan ingatan kepada pengasas syarikat Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay, ahli keluarga beliau menyumbangkan sebanyak RM8 juta kepada 50 badan, sekolah dan persatuan.

Pengarah Urusan YTL Corp, Tan Sri Francis Yeoh yang juga anak sulungnya berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk memperingati pemergian dan penghormatan bapanya dengan mengingati semangat mendiang yang dermawan dan murah hati.

"Kami percaya sumbangan ini merupakan kesinambungan semula jadi legasi bapa saya. Beliau sering bersemangat tentang kedermawanan dan menumpukan banyak masanya untuk berjasa kepada kebanyakan organisasi ini.

"Pertubuhan ini mewakili rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat, mencerminkan rasa cintanya yang mendalam terhadap negara ini dan komitmen sepanjang hayat beliau untuk membina negara ini. 

"Kami berharap usaha ini akan memberi penghormatan dan ingatan kepada beliau dan kami akan meneruskan legasi beliau dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditinggalkannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Yeoh Tiong Lay, YTL

Artikel Sebelum

Lagi Asrama Tahfiz Terbakar

Artikel Berikut

Artikel Lain