suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: Mayat Kesembilan Ditemui

Mayat kesembilan tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah telah dibawa keluar pada pukul 8.38 malam dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang malam Ahad. Foto Bernama

GEORGE TOWN: Mayat sembilan mangsa yang tertimbus di dalam tragedi tanah runtuh di kawasan tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Sabtu, dijumpai setakat ini.

Mayat kesembilan seorang warga Bangladesh dikenali sebagai Rahaman Abdur berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada 8.38 malam.

Sehingga pukul 9 malam, sembilan mayat sudah dikenal pasti dan dibawa keluar iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq; tiga warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam dan Rahaman; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Dua lagi mangsa seorang rakyat tempatan Yuan Kouk Wern, 27, dan seorang warga Bangladesh Muhammad Monirul Islam belum dijumpai. - Bernama

Tanjung Bungah

Artikel Lain