Polis Rampas Bahan Letupan, Tiga Ditahan - Semasa | mStar

Polis Rampas Bahan Letupan, Tiga Ditahan

Peralatan dan ramuan yang digunakan suspek untuk menghasilkan bahan letupan dipamerkan kepada media di Bukit Aman opada Selasa. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara mengesahkan penangkapan tiga lelaki di Pasir Puteh, Kelantan dikaitan dengan perancangan untuk melakukan serangan di Pesta Bir.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ketiga-tiga suspek berumur 19 tahun yang merupakan pelajar Tingakatan Enam, bekas tentera berusia 35 tahun dan pekerja kontrak berusia 25 tahun.

Pihaknya percaya mereka ada kaitan dengan anggota militan Negara Islam (IS) dan merancang menggunakan alat letupan reka ganti (IED) dan mengujinya untuk digunakan ke atas sasaran di pelbagai lokasi.

"Suspek telah melatopkan salah satu daripada bom tersebut pada 28 September berdekatan dengan salah sebuah rumah seorang lagi suspek, namun gagal. Kami merampas tiga IED.

"Kami percaya setiap IED boleh meletup sejauh 30 meter dan menyebabkan kerosakan maksimum.

"Jika mereka teruskan perancangannya itu, ia boleh menyebabkan kecederaan dan terbunuh," jelasnya pada sidang media di Bukit Aman pada Selasa.

Antara barangan yang disita adalah IED dalam bentuk bom paip, enam tiub PVC dan arahan untuk membuatnya.

"Kami sedang menyiasat di mana mereka mendapat kepakaran untuk membuat bom sebegini dan tidak menolak kemungkinan mereka mengetahui dari militan lain," katanya.

Suspek telah mensasarkan kedai hiburan dan rumah ibadat bukan Islam di Lembah Klang serta 'Pesta Beer Better'.

Mohamad Fuzi berkata,  siasatan awal mendedahkan pelajar dan bekas tentera itu adalah perancang utama di sebalik operasi itu.

Suspek berusia 25 tahun itu mempunyai hubungan dengan militan terkenal Akel Zainal dan Muhammad Wanndy Mohamad Jedi yang telah meninggal dunia.

"Penangkapan itu membuktikan bahawa ancaman kepada pesta bir adalah benar.

"Kami tidak mudah memberi nasihat terhadap menganjurkan dalam apa-apa acara kecuali ancaman itu adalah benar," katanya.

IED

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga Asing 'Masyuk' Jual Pasport Palsu

Artikel Lain