suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Dirakam Berhibur Ditukar Serta-Merta

Klip video berdurasi sembilan saat yang tular di media sosial. Foto Sinar Online

JOHOR BAHRU: Semua pegawai dan anggota terlibat dalam video pegawai polis berhibur di pusat hiburan di Muar 8 Oktober lalu yang tular di media sosial, ditukar serta-merta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu diambil sementara menunggu tindakan lanjut.

Menurutnya, siasatan tatatertib dijalankan sebaik sahaja maklumat berkaitan video yang tersebar itu, diterima.

"Dalam hal ini, PDRM melihat pelanggaran tatatertib ini tidak boleh dikompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada semua yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Mohd Khalil berkata, semua pegawai dan anggota PDRM perlu akur kepada kehendak intergriti dalam memartabatkan PDRM selaku penguat kuasa undang-undang utama negara. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain