suria

Pembantu Ahli Parlimen Kota Raja Maut Kemalangan

SHAH ALAM: Seorang pembantu kepada Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud terbunuh dalam satu kemalangan pada hari Ahad.

Majid Hasan, 59, meninggal dunia di tempat kejadian apabila keretanya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sungai Pelek menuju ke Tanjung Sepat, Banting.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 1.47 petang Ahad.

Seramai 12 anggota bomba dan dua jentera dari stesen bomba Sepang bergegas ke tempat kejadian dan mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan terbabit sebelum menyerahkan jenazah kepada pihak polis.

Mayatnya dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

kemalangan maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain