suria

Pekeliling Kelulusan Iklan Projek Perumahan Dikeluarkan

Contoh iklan projek perumahan yang menawarkan harga di bawah pasaran bagi menarik minat orang awam. - Pahang Daily

PETALING JAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan surat pekeliling kepada syarikat-syarikat media tempatan berhubung kelulusan mengeluarkan iklan projek perumahan.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata surat pekeliling tersebut yang akan di edarkan dalam tempoh terdekat di jangka mampu membendung penipuan penjualan projek perumahan yang tidak mengikut undang-undang negara.

“Syarikat perumahan mesti mendapat kelulusan daripada KPKT, dengan pemaju diberikan satu ‘Advertisment Permit Development License' (Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan) (APDL) mengikut Peraturan 5, Akta 118, sebelum di benarkan untuk membuat sebarang iklan dalam mana-mana media,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Hartanah, MyRumah, siri keempat di sini pada Jumaat. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain