suria

‘Serang’ SUK: Jamal Direman Tiga Hari

SHAH ALAM: Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunus (gambar) direman selama tiga hari susulan demonstrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Majistret P. Sarulatha membenarkan perintah reman itu kepada pihak polis terhadap Jamal dan tujuh yang lain pada pukul 12.45 tengah hari di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan satu kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang dilakukan oleh peserta perhimpunan.

Peguam yang mewakili Jamal dan suspek lain berkata, anak guamnya ditahan oleh pihak polis pada Jumaat ketika sedang makan di restoran selepas menghadiri mesyuarat di Sekinchan, Sabak Bernam.

Katanya, tujuh yang lain bukan penyokong Jamal, tetapi adalah pemandu, pengawal peribadi dan kakitangannya.

Jamal Md Yunus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain