suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Kelantan Rampas Heroin RM430,000

Hasanuddin (kanan) bersama Timbalannya SAC Din Ahmad menunjukkan fotofit dua suspek pasangan suami isteri yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes dadah. - Bernama

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas dadah jenis heroin bernilai RM430,000 yang disembunyikan dalam satu sangkar burung di sebuah rumah di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Pasir Mas pada Khamis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata polis turut menahan pemilik rumah berkenaan, seorang lelaki berusia 56 tahun, untuk siasatan.

Beliau berkata serbuan 6.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas selepas menerima maklumat serta risikan.

"Pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok, menemukan sejumlah 215 botol lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam sangkar burung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, pada Ahad.

Lelaki berkenaan menafikan dadah itu miliknya dan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod berkaitan dadah, katanya. - Bernama

rampasan dadah

Artikel Sebelum

Artikel Lain