suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Lelaki Dipercayai Pengikut Ajaran Syiah

Ajaran Syiah di Malaysia masih terus berkembang ia bertentangan daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). - Gambar hiasan

JITRA: Empat lelaki termasuk dua beradik dipercayai pengikut ajaran Syiah ditahan di sebuah premis rumah kedai di sini petang Sabtu, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Negeri Kedah (Jaik) Datuk Abdul Rahman Ismail.

Beliau berkata kesemua lelaki berusia 22 hingga 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota jabatan berkenaan yang melakukan serbuan di premis itu pada 6.25 petang.

Hasil pemeriksaan menemukan beberapa barang yang disyaki mengandungi ajaran Syiah yang melanggar fatwa negeri Kedah mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014, katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Katanya antara barang yang dirampas beberapa jenis kitab larangan,  baju berwarna hitam bertulis 'Al-Mahdi is here', akuan berkanun dan batu karbala yang biasanya digunakan pengikut ajaran Syiah untuk tempat meletakkan dahi ketika sujud dalam solat.

Beliau berkata kesemua mereka dan barang rampasan tersebut  dibawa ke pejabat Jaik untuk siasatan lanjut.

syiah

Artikel Berikut

Artikel Lain