Lelaki Tinggi Pilihan Sajat - Semasa | mStar

Lelaki Tinggi Pilihan Sajat

Lelaki tinggi idaman Sajat. Foto instagram @nursajat02

PETALING JAYA: Ramai tertanya-tanya siapakah pilihan hati Nur Sajat yang dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya hujung tahun depan.

Timbul tanda tanya dalam kalangan netizen termasuk ciri jejaka pilihan usahawan kosmetik itu. 

Bercakap kepada mStar Online, Sajat memberitahu bahawa dia mahu seseorang yang memahaminya sebagai individu bekerjaya selain mempunyai anak angkat. 

“Bukan mudah nak cari orang yang betul-betul faham tentang kita. Lebih-lebih lagi orang yang bekerjaya dan sentiasa sibuk dengan bisnes macam Sajat,” katanya pada Sabtu.

Personaliti berusia 32 tahun itu turut memberitahu mengimpikan lelaki yang lebih tinggi daripadanya.

Sajat meletakkan cinta nombor tiga kerana lebih mengutamakan keluarga dan perniagaan.

Sajat yang pernah menjalinkan hubungan cinta beberapa kali sebelum ini berkata, kesemua bekas kekasihnya adalah lebih rendah daripadanya.

“Sajat mempunyai ketinggian 172 sentimeter (sm), saya mahu orang yang lebih tinggi daripada Sajat, bolehlah jadi lelaki idaman. Kalau ketinggiannya 175 sm ke atas, kira okaylah,” katanya.

Bagaimanapun Sajat menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini yang bakal menamatkan zaman bujang hanyalah bagi mengulas mengenai lamaran Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

"Cinta ni Sajat letak nombor tiga, sekarang lebih utamakan keluarga dan bisnes. Tak ada pun perancangan nak kahwin lagi. Tapi kalau ada jodoh, adalah nanti,” katanya.

Mengenai dirinya sering dikaitkan dengan jejaka berbadan sasa, Mohd Tishrin Mohd Adnan, Sajat menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar ‘teman tapi mesra mesra’.

Sajat (kanan) akui rapat dengan Coach Yin (kiri).

Menurut Sajat, selain saling berurusan tentang perniagaan, beliau selesa dengan jejaka yang lebih dikenali Coach Yin kerana memahami perwatakan dan kerjayanya.

“Ya, memang Sajat suka kat dia (Coach Yin) tapi taklah bercinta. Kami berkawan rapat, baru saja kenal, dua tiga bulan, jadi masih di awal perkenalan.

“Mungkin nampak kami begitu rapat di laman sosial, tapi bukan dengan dia saja, mana-mana yang Sajat rapat pun akan tunjuk. Lagipun, lebih baik tunjuk secara terang-terangan, kalau senyap-senyap nanti mengundang fitnah pula,” katanya.

Ditanya adakah tarikan lain pada Coach Yin kerana badannya sasa, Sajat berkata, ciri tersebut terlalu subjektif kerana apa yang penting adalah keserasian.

“Bagi Sajat kalau suka seseorang tu, sado (sasa) ke tak sado ke sangat subjektif. Kalau dah sayang, kita beri sokongan moral, kalau boleh sado, dia akan jadi sado.

“Apa yang penting adalah keselesaan dan keserasian. Maknanya kita selesa dengan dia dan dia selesa dengan kita,” katanya.

Sajat , Coach Yin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jangan Tular Maklumat Tak Sahih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain