suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Wanita Warga Emas Ditemui Di Pusat Pelupusan Sampah

Mayat warga emas terbakar ditemui di tempat pembuangan sampah. - Gambar hiasan.

KULAI: Mayat warga emas yang terbakar ditemui di tempat pembuangan sampah di Taman Putri di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mayat wanita berusia 63 tahun itu ditemui kira-kira pukul 8.05 pagi Jumaat selepas laporan diterima daripada orang awam.

Pasukan polis termasuk forensik dan unit K9 dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Mayat tersebut pada awalnya ditemui oleh seorang lelaki yang berada di kawasan itu untuk mencari cacing untuk umpan memancing," katanya.

Beliau berkata, laporan bedah siasat menunjukkan bahawa tubuh wanita itu kira-kira 60 peratus terbakar dan tidak mempunyai tanda kecederaan lain.

Kata Azman, wanita itu tinggal bersama suaminya, ibu mertua dan anak lelaki manakala dua anak perempuannya menetap di Singapura.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain