suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Darul Quran Ittifaqiyah Terus Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR: Meskipun sudah empat hari kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini berlaku, lokasi tragedi itu terus menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari segenap pelusuk negara.

Kebanyakan mereka yang tiba seawal 7.30 pagi dilihat merakam gambar selain memasukkan duit sumbangan  ke dalam tabung khas yang diletakkan di depan pusat tahfiz berkenaan.

Pengetua tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood menyifatkan sumbangan tidak putus-putus daripada orang ramai yang menziarahi lokasi tragedi  sebagai 'rezeki' untuk pelajar pusat tahfiz yang kebanyakannya daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang sanggup datang dan menghulurkan sumbangan," katanya ketika ditemui Bernama di pusat tahfiz itu di sini, Ahad.

Lokasi kejadian juga masih dikawal oleh  anggota polis  dan Angkatan Pertahanan Awam.

Selain itu, laluan di sepanjang Jalan Keramat Ujung juga agak sesak sejak kejadian kebakaran itu berikutan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan ketika melalui lokasi tragedi.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut dalam kejadian 5.15 pagi Khamis lepas. -- Bernama




Darul Quran Ittifaqiyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain