suria

Kementerian Siasat Dakwaan Harga Makanan Mahal

GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang akan menyiasat dakwaan sorang wanita berkaitan harga makanan yang dibayar sebanyak RM80.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Mohd Nor Musa berkata, walaupun tiada laporan dibuat, perkara itu telah disebarkan di media sosial serta di akhbar.

"Kami akan mengadakan pemeriksaan di gerai untuk melihat sama ada tuduhan itu benar.

"Kami tidak membenarkan peniaga mengenakan harga yang tidak berpatutan kepada pelanggan mereka," katanya pada Selasa.

Mohd Nor menasihatkan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga makanan diminta  membuat aduan kepada kementerian untuk mengambil tindakan.

"Kami menjalankan pemeriksaan rutin tetapi kami juga memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat kepada kami," katanya.

Mengenai tuntutan bahawa pengendali makanan yang tidak meletakkan harga, Mohd Nor berkata ianya adalah salah di bawah undang-undang.

Sebelum ini, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Lim dari Kulim, Kedah mendakwa dia dikenakan bayaran RM80 untuk hidangan yang dimakan bersama suaminya berhampiran sebuah kuil di Jalan Pasar pada pukul 12.30 tengah hari, Ahad.

RM80, Makanan

Artikel Sebelum

Artikel Lain